Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi.
Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.
Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya.
Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan.
Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah
mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih
belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak.
Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering
ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.
Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa
kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar
telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang
dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah,
mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan.
Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan
dimakbulkan doa anda berdua.." Apakah hikmah
yang tersembunyi di sebalik semua ini.
Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk
kuketahui suatu ketika kelak ... .Pasti!
"Huda... .bangun.,... jom kita solat.
" Kugerakkan bahu isteriku perlahan.
Dia mengeliat... .Aku tersenyum melihat
wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan
rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak.
Tentu dia penat melayan karenah
'anak-anak'nya... .Ahh. Aku sayang padamu
Huda.. Akhirnya , aku bangun sendiri.
Aku tenggelam dalam solat malamku yg
panjang.. Dan seperti biasa aku tak
pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana
dalam firman Allah (al A'raaf : 189 ) yg
bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi
kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk
orang-orang yg bersyukur.." Jam berbunyi
empat kali. Aku mengakhiri solat witirku
dan ketika salam kedua ku dapati Huda
dah berada dibelakangku..Wajahnya masam
,..merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan
riak lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.."
usikku dalam nada separuh berbisik ... .Semakin
menjadilah rajuknya. "Kenapa abang
tak kejutkan Huda.?" Protesnya... Aku
tersenyum cuma. "Dah, abang tengok cik
adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik
adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya
Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan
tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah
tuan puteri, saya yang menurut perintah.
" Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar
usikanku.. Serentak dengan itu jarinya yang
mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia
kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.
Petang itu, sambil kami menikmati minum petang,
Huda memecahkan kedamaian itu dengan
ungkapan : "Abang... ..nikah jelah satu lagi"
Dengan nada yang bersahaja..Aku tersentak.
Aku memang amat mengharapkan keturunan,.
Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi
hingga saat ini aku belum mampu membahagikan
cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak
pernah enghalang poligami apatah lagi dengan
keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah
aku memikul bebanan ini ... .? " Hai.tak takut
cemburu ke..? Umpanku pula.."Cemburu... ..
emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan
Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada
Khadijah, tapi masalahnya sekarang , kalau abang
kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih
anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?
"Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat
abang."Macam mana kalau isteri kedua abang
juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?
"Usikku terus. "Nikah lagi..kan boleh sampai
empat..!" jawab Huda dalam nada semakin
kendur. "Huss..Huda sayang ! Jangan merepeklah.
Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa
ismail..berilah peluang abang meneladani
Zakaria bapa Yahya.." Kutamatkan dialog
ini seolah-olah marah kepadanya..Kudakap
erat Huda,... ada titisan panas yg membasahi
dadaku.. Hari ini ulang tahun perkahwinan
kami yang ke tujuh... umurku sudah merangkak
33 tahun... Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya... Berbanding ketika awal pernikahan, bilangannya belum sampai sebelah tangan,
beritahu Huda kepadaku..Sehingga ke saat
ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang
anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti
dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa
disediakan Huda hari ini ... .Ada bungkusan
hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..:
" Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke
telingaku.sambil mataku mencuri pandang
hadiah di atas meja .Ada sampul surat yang
berlogo hospitl terkenal di ibu kota. Tanganku
segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda
dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu
kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak
sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk.
"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin
tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. " Bismillahirrahmanirrahimm..
suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil
sampul surat dari tangannya tadi "Subhanallah
..Maha suci allah,..Tuhan sekelian alam..!!"
Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian
lama penantian ini.! Seketika aku
tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras.
Kuranngkul Huda seerat-eratnya.
Airmataku terus mengalir seolah-olah
tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!
"kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?"
Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau
beritahu tak surprise lahhh." Jawab
Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa
bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu
sakit kepala dan rasa kurang selera makan.
Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan
tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn
kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham
akhirat'.Aku benar-benar lupa membawanya
ke klinik. Sungguh..!! Aku
benar-benar rasa bersalah..Sejak
berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti
Huda menjadi perhatian utamaku
segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan
dia memandu sendiri dan bercadang mengupah
driver utk kemudahannya.Aku minta
supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..
Namun Huda tak bersetuju..Katanya,
janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan
dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang
'luarbiasa' akan melahirkan anak yang
'luarbiasa' ... Katanya lagi ?¦"Abang
sayangg?¦.abang kata nak jadi seperti
zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak
bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,..
Abang..,..kalau kita bercita-cita nak
jadikan anak kita sebagai mujahid atau
mujahidah,. kita kena latih dia
sejak dalam kandungan..Maknanya,.
.jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan
kesenangan pada Huda dan anak yang
bakal lahir ini,..bagaimana nak dapat anak
seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..?
Abangkan kan tau,..kesenangan dan
kemewahan bukan modal yang baik untuk
anak... Dengan kesusahan barulah
generasi menikmati kesenangan di syurga.
Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.
aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..
'Stop'.. Aku faham dan akan terus
memahami hakikat pendidikan dalam
Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa
tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda
tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju
membasahi dahinya..Dia kelihatan
pucat..Kurasa badannya,..panas.! Seingat
aku Huda hanya akan melahirkan pada
26mei,..hari ni baru 26 april,..Aku
panik..Aku segera membawa huda ke
hospital dengan seribu satu doa yg tak
putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan
ibuku segera datang utk menambah
ketenangnku. Aku mundar
mandir .. Ya Allah.selamatkanlah
isteri dan anakku..bisikkuberulang
kali.. "Encik Saifuddin..?".. Dr Khadijah,..pakar
sakit puan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya
doctor,.." sahutku cepat.. Kuhampiri Dr Khadijah..
"Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta
Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..
"Saya harap Encik saifudin bertenang,..
Isteri encik menghadapi sedikit
masalah,..air mentubannya dijangkiti
kuman..Dan degupan jantung bayi di
dapati semakin lemah.. Puan Huda
perlu dibedah segera.." "Bedah..?"
"Buatlah apa yang sewajarnya doktor..
Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku
dgn nada separuh ketar.bimbang.
"saya akan cuba sedaya upaya,..utk
menyelamatkan kedua-duanya,..Yang
lain kita pulangkanlah pada Allah.
Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang
tapi yakin lahir dari doctor
Khadijah.. Ya allah,.selamatkanlah
isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku
di luar batas Kemampuanku,.. Dalam
sujudku yang panjang tak henti aku
berdoa keselamatan isteri dan anakku..
Aku memohon limpah kasih sayang Allah
kepada isteri dan anakku tersayang..
Begitu lamaku cari ketenangan dalam
solatku,..tiba2 ayahku memanggilku
mengajakku menunggu di luar bilik
pembedahan.. Ketika sampai di pintu
bilik ,..aku terdengar suara tangisan
bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik saifudin..?"
"Ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik
telahpun melahirkan bayi perempuan yang
sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya.
" Kata Dr Khadijah tenang,..
"Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?"
Dr, Khadijah terdiam ..tiba2 perasaan
tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..
Kutenung wajah Doktor dengan tatapan
penuh tanda tanya,... Tiba2 doktor
menggeleng kepalanya perlahan sambil
tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,..
"Maaf,.saya telah berusaha semampu yg
mungkin,.Tapi Allah lebih menyayangi Huda,
Deraian air panas bercucuran
tanpa boleh dibendung,.Perlahan aku
mengikuti doctor ke ruang bilik pembedahan..
Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh
lemah dan tak berdaya,.. sesusuk tubuh di
tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan
aku membuka kain Penutup.. Innalillahi
wainna ilaihi raji'unnnn..DariNya kita
datang,.kepadanya kita kembali,..
Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya
terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa disedari
ku dakap Huda seerat-eratnya..tangisku
perlahan, tapi tak tertahan..!
"Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar
suara doctor Khadijah cuba menenangkan
aku,.. Nurse,..tolong bawa anak encik saifudin..
" katanya lagi,..Seorang bayi mungil yg
masih merah dihulurkan dihadapanku,...
perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.
Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan
Huda..Mereka amat mirip.!
Matatanya,..hidungnya,.. mulutnya,..
Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah
senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..
Sehinggalah ayah datang memegang
bahuku..dan berkata,.. "
Iqamahkan anakmu saifuddin,..
sambutlah yang hadir,..doakanlah
yang kembali.." Huda,..rupanya inilah hikmah
Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya
Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku.
Ketetapan adalah tetap ketetapan Allah.
Manusia dengan ikhtiarnya.
Inilah tarbiyah ALlah buat orang-orang yang
menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada
Allah. Kita berdoa. Kita merayu agar
disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat.
Harus juga kita ingat akan doa nabi ,
Janganlah Ya ALlah Kau berikan aku sesuatu
yang aku pinta hanya kerana belas kasihan
dan simpati mu sedangkan ia hanya membawa
kerugian kepada diriku. berdoalah ..
berdoa dengan mengharapkan kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah...
redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya ..
menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada
Allah. Kita berdoa. Kita merayu agar
disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat.
Harus juga kita ingat akan doa nabi ,
Janganlah Ya ALlah Kau berikan aku sesuatu
yang aku pinta hanya kerana belas kasihan
dan simpati mu sedangkan ia hanya membawa
kerugian kepada diriku. berdoalah ..
berdoa dengan mengharapkan kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah...
redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya ..
redha ketika diuji itulah sabar namanya.
Dan sahabat ... bertajahud lah lagi di malam
hari dan berdampinglah dengan AL-Quran ..
InsyaAllah itulah ubat mengistiqamahkan iman.
faqirah ilaALLah,
hari dan berdampinglah dengan AL-Quran ..
InsyaAllah itulah ubat mengistiqamahkan iman.
faqirah ilaALLah,