Welcome To .......

Welcome To .......

Saturday, September 10, 2011

oRenT UIA GOMBAK

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdullillah kehadrad ilahi sbb dpt gk masuk UIA gombak
pd 6.92011 lepasan foundation UIA nilai...
semoga kejayaan bersamaku...
redha Allah bersama redha ibuku...
aminnnnnn

actually ok la gk orent kt cni
wlwpn ni lh zaman2x yg ak x bape nk suke
cz ak ase sgt2x penat...
yela kne bt segala...
tp sonok nye sbb dpt "round" 1 UIA yg besar ni
mcm nk patah kaki aku..

actually mahallah aku sgt2x lah JAUH dr 
KULLIYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE
major of FIQH WAL USUL FIQH
so ase cm nk bwk moto kt cni

teringt mase qiyam ritu
kaki aku smpai cramp sbb sejuk3x yg teramat sgt kt cni
mklumla dh dekat sgt dgn GENTING HIGHLAND
smpi nk mandi pown aku ase malas
sbb terlalu dan teramat lah sejuk
smpai ke tulang sum2x gitu

bilik kt mahallah aku ni syokk
sowg 1 compartment
so i've my own privacy...
like 1000x like

even penat...sempat gk aku amek gmbo
either handphone...camera..
dua2x aku tibai hahah

mase mlm bai'ah ade reporter n tv from AL-HIJRAH rakam
aku dh ler dok tepi time tu..msty msuk gmbo aku haha 
~~ PERASAN ~~

kt bwh ni koleksi gmbo2x aku
































Saturday, August 27, 2011

ucapan raya bt semua

salam alaik to all readers...

kaifa hal??
hrp smua dlm keadaan sehat wal'afiat...
sempena d bln yg mulia  nie
yan nk ucpknlh
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
kpd kowg2x sume...

nie kad raye yg aku sediakn khas bt kowg2x sume
even kenal or x...
kite sume same..


cantik x kad aku ni??
nk bg kad kt sowg2x  mmg boleh muflis la aku =D
jz kidding..
hope kowg sume bergembiralh d hari raya thn 2011 ni
xlupe jgk salam lebaran bt family2x aku... kwn2x guru2x
SKTC .. MAAHAD PONTIAN...UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA ...bt mereka yg berada d perantauan ...

terutama kpd kekandaku RIDZUAN KHALID ..
SALAM LEBARAN bt abg..
even raya taon ni x dpt kite raye same2x
hope u will happy for this lebaran even u r far2x away from ur family .. from me...
saye kt cni slalu doakan yg terbaek bt awk ...
please do the best for urself ya..=D
wlwpn kite bkenalan xlame..
jmpe bru berapa kali...
then kite tpkse berpisah utk smbung belajar...
saye terima ketentuan ini dgn redha..
wlwpn jauh..perit...
insyaAllah biiznillah
semuanya akn menjdi manis bile kite bersama
moga Allah pnjgkn jodoh kite..
amennn. 
ILYSM frever...

ok la..se nye da xd pape nk coret2x lg..
nk kejut my beloved mom utk sahur
n then nk smbung tgk citer nora elena...
hope it will happen in my life...
like as the ways of story....
NORA ELENA
mcm mane SETH menjaga dye..merawat dye...menyayangi dan mencintai dye...haha
actually im fall in love with this story LOLz..
haha gara2x c dye la offer aku tgk citer ni
al-mklumla aku ni sjak2x dok asrama..
da jrg sgt2x tgk tv..law x tgk setaon pown cm xde pape 
huhu...
okie la...slmt berpuasa semua..
assalamualaikum w.b.t

Wednesday, July 13, 2011

Akidah ISLAM vs HARRY POTTER

FILEM MESRA MAGIS PEROSAK AKIDAH MUSLIM


Filem berunsurkn magis kini telah mjadi genre film yg smakin diminati oleh masyarakat umum.Filem2x yg memaparkn watak bomoh sesat dgn unsur2x khurafat itu d anggap oleh pengeluar filem sbg hiburan semata2x..malangnya penonton tidak di fahamkn tntg unsur2x yg bertentangan dgn agama Islam.Maka jd lh filem tsebut sbg salah 1 drpd jerat2x syaitan masa kini.

Adakah anda merupakn slh sowg peminat filem "terhangat d pasaran atw buku terlaris"??

HARRY POTTER

tidak kira dlm siri ape skalipn ia d keluarkn..tp impaknya ckup besar pd akidah umat Islam d sbbkn wujudnya 2 bentuk sihir iaitu yg BAIK misalnya pd watak PROF ALBUS DUMBLEDORE dan sihir yg JAHAT. Jika direnungkn kembali dlm ISLAM..tiada lnsg unsur sihir dan smemangnye sihir adelh haram dlm ISLAM.pernahkh kita tfikir akn pkara ini??????

Kupasan komprehensif thadap dunia sihir dlm siri cerita Harry Potter menurut perspektif ISLAM telah  dlakukn oleh Abul Abbas Moosaa Richardson. Ia adlah syarahan dlm bhsa Inggeris dgn judul "The Evils of Harry Potter and The Kufr of Magic"

Antara pjelasan beliau " Buku Harry Potter itu sndiri adlh sihir kerana ia mmpu mbuatkn owg lupa akn diri sndiri.Fenomena sihirlh yg mnyebabkn manusia sgt mncintai buku ini,sehingga ia dterjemahkn ke dlm 40 bahasa dan d edarkn ke stiap ceruk planet bumi ini.Manusia pula blumba2x memiliki buku bersiri sihir ini.Buku yg berisi kekufuran kpd Allah.Buku yg apabila sesowg mgamalkn ap yg ada d dlmnya maka ia tkeluar drpd agama ISLAM...nauzubillah....Buku yg bersiri sesuatu yg mhntar sesowg ke dlm api neraka.sudah terang lg bersuluh ini adalah tipu daya syaitan yg amat dahsyat ".

sbg tambahan..antre filem laen yg mengndungi kisah yg bleh mbwa kpd terpesongnya akidah Umat ISLAM adalah "AVATAR".
ini kerana d dlm filem tsebut mreka memohon harapan drpd kuasa sakti angin.Malah ad pula bacaan mentera dan sbhagiannya tidak dpt kita fahami dgn jelas.Hal ini scra tdk lnsg menyampaikn mesej kpt kanak2x kononnya ad kuasa laen selaen drpd kuasa Allah Ta'ala yg lyk diseru dan dpohon bntuan.

Jelas skali inilh antara jerat2x syaitan yg mnjerut leher kita tnpa kita sedari akn bahananya kpd akidah suci yg bpaksi pd kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH....
renung2xkn wahai sahabat..=)


mutiara hadith :
"jauhilh 7 pkara yg mbinasakn..
para sahabat btanya,"apakah dia?"
baginda mjwb.."syirik kpd  Allah,sihir,
mbunuh jiwa tnpa alasan yg benar,
makan riba',memakan harta ank yatim,
lari dr medan perang dan menuduh
owg beriman yg mjaga diri drpd
kelalaian"
hadith oleh al-Bukhari & Muslim

Monday, June 13, 2011

ikhtilat

apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kcar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan.
Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.
Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan.

Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.


Barakallahufikh... =)

Thursday, April 7, 2011

calon2x suami yg soleh

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Wednesday, March 9, 2011

ciri2 wanita perhiasan hidup insan yang digelar lelaki

KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.


Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.


Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)


Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.




Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)


Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]


Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)


Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:


1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.


2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.


3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.


4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.


5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.


6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.


Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.


Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:


1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)


2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.


3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.


Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".


Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)


4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.


5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.


6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.


7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Tuesday, March 1, 2011

kisah CINTA kopi MASIN

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor.  Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada  suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan  sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang  hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan  wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan  syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor  menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia  menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab  rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor  muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya,  pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia  tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus  meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka  bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air  laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar  kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang  sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki  yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang  yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya.  Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang  tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat  menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis  tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan  merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari,  si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz,  menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam  rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara  satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum  ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar  seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap  kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa  membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan  suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang  telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu  perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang.  Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin.  Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang  sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup  pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang  telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi  abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja.  Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita.  Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang  telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak  sanggup melukakan hatimu..


Sekarang saat kamu membaca surat  ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan,  maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi  masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu  buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah  kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan  untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha  mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus  minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Monday, February 7, 2011

my cousin's wedding

hyepp...
hohoooo actually i tgh eppy neyh..
cz kazen aku kawen..!!
hoho kazen aku yg ensem kacak bgaya tlh selama d ijab kabulkan dgn plihan hatinya yg cntik manis 
pada 4 february 2011
dengan sekali lafaz ...
yg jelas dan terang dan nyata...
mengalahkan ketidak jelasan suara tok imam...hehe
bile selesai je akad nikah dilafazkan...
kami sume bergelak tawa...
tp pengantin perempuan menangis...
kebahagiaan...kesedihan...
heheee....
xsabar plak aku ase nk kawen...
cehhh gatallllllll...
then sesi bergambar....
pengantin lelaki ni leh wt lawak plak....
mcm2 gaye dye ade.... 
n bleh plak dye menari2 ala2 makyong...
habes pecah gelak tawe sume owg..
terutame aku haha...
abg radzi ni mmg lawak owgnye....
sempoi jerkk..
cooooooolllllllll gila...haha



then ktowg g mkn lk,,,smentare kedua mempelai bsalin baju..
utk persandingan....
cntikkkkk
hehe...mase akad nikah bju wane putih cream
mlm nye plak wane merah meroon...
then esok plak...majlis kt umah pmpuan bju wane biru...
huhu comellllll sgtttttttt
finally dpt gk aku makan ngn pengantin..hhee
sedap tuhhhhhh
makan jer kuat..tp badan x gemok2 pown hehe


esoknye ( ahad) majlis belah lelaki plak..
umah paklang aku x yh ckp
tema wane merah putih la plak..hehe


what ever pown tetap cun n cool..hehe
 bwah ni koleksi pengantin yg aku sempat amik...
enjoy ya !! =)


























hoho actually ade pic aku yg sedikit huduh d ctu..
dh mcm ala2 owg gaji lk..hehe


actually rimas time tu
tp redha jerkk..hehe
okie dokie...


doakan sygku d mesir selamat dr segala perkara2 jahat dan tidak di ingini..
aminnn...


~ luvairid ~