Welcome To .......

Welcome To .......

Saturday, March 17, 2012

nikah khitbah / nikah gantung

salam kepada pembaca2x sekalian


Pada zaman era permodenan ini anak muda sering terpengaruh dgn gejala sosial dan maksiat tanpa segan silu.  Pelbagai pihak cuba untuk mencari penawar utk mengubati virus yg menjurus kepada masalah seks bebas / zina dan pembuangan bayi . Saya menyarankan agar mana-mana pasangan yang ingin bernikah tetapi masih tidak berkemampuan dengan melakukan ' nikah gantung (nikah khitbah) '.


apa itu nikah gantung ??


Nikah gantung adalah suatu proses pernikahan yg sah dimana pasangan tidak duduk serumah dalam satu tempoh yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak. Tanggungan nafkah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan oleh suami juga telah diringankan dan boleh dilepaskan.


Akan tetapi, dari segi rukun-rukun nikah perlu dilaksanakn seperti biasa mengikut syara' iaitu perlu ada :
1) suami
2) isteri
3) wali
4) saksi 
5) akad
dan mas kahwin juga perlu dibayar.


Selalunya pernikahan gantung ini dilakukan dengan majlis akad nikah terlebih dahulu dan majlis kenduri kahwin akan dilakukan kemudian setelah kedua-dua pihak bersedia untuk melansungkan majlis .       ( seperti dlm cerita vanilla coklat )


Antara sebab-sebab nikah gantung ini dibuat ialah :
1) kedua-dua pasangan masih belajar
2) kedua-dua pasangan tidak mempunyai sumber pendapatan
3) suami masih belum mampu untuk menyara isterinya
4) belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dgn sebaiknya.


Tujuan utama nikah gantung ialah untuk mengelakkan penzinaan antara pasangan lelaki dan perempuan yang sedang hangat bercinta mahupun yang sudah merasakan ingin hidup berpasangan dan bagi mengelakkan lahirnya anak luar nikah.


Akan tetapi, setelah menjalani akad nikah, pasangan masih boleh bertemu diantara satu sama lain, berdating, bermesra dan masih boleh untuk melakukan hubungan seks. Meskipun pasangan tersebut melahirkan anak, ianya tetap sah disisi agama Islam oleh kerana anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya. Walaupun nikah gantung,mereka tetap pasangan suami isteri yang sah disisi agama Islam. Dengan ini maruah antara keluarga dapat dipelihara dan dibendung.




Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)




dengan ini..dapatlah kita berkongsi satu maklumat yang mungkin dapat menyelamatkan generasi muda dari melakukan perkara-perkara yang lagho dan bertentangan disisi agama Islam.


"amar ma'ruf nahi munkar"


mari kita kongsi bersama ..... sharing is caring